About

emah & aisyah here

Tag it!

Links

ajesya
amanda
amin taj
ayu taj
azree
boki
dane
dd
fatin
joleka
leeza
maszalina butik
ninanadia
ogee
paten
pilot junior
poda c aisyah
ririlimin
sam
sazwina
sypikah
vela
wani kenit
wearebored
wiwan
zati

design by

!ndomitable >> Jeeohdee


Wednesday, August 5, 2009

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)
Solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yaasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)

i) Selepas Yaasin pertama : mohon doa dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yaasin kedua : mohon doa mendapat rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yaasin ketiga : mohon doa ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban

3. Baca surah Al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka
Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As,
Sabda Nabi Muhammad SAW :
Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :
Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya,
Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya,
Adakah orang yang bertaubat maka Aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan
,
melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya
minta ampun dengan ibubapa sebelum Hari Nisfu Sya'aban,
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Wallahua'alam
.

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH
DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA
AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI
KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN...


at 1:59 AM