![]() |
About
emah & aisyah here Tag it!
Links
ajesya design
by |
|
Friday, May 1, 2009 hari ini topik kita,najis mughaladzah. apa hukum nya kalau terpakai atau terkana kulit khinzir.. bukan sengaja. and macamana kan mengenal pasti kulit atu kulit khinzir kah kulit babi ahahahhahaa apakan..
ane yg ku google2 lah. awu aku buat homework kali ah sebelum mempost apa2 hahahaha disini ada beberapa petikan dari web2 yg berlainan lah ah... "JAKIM mendapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan" (jadinya disini saya muuskill. apa kah perbezaan titik2 lau segitiga sama yg straight atu? kalau ada sapa2 yg tau ane,sila tunjuk ajar ku sifu) next... "Siasatan mendapati, kulit babi pada kasut terbabit boleh dikenal pasti berdasarkan struktur permukaan kulitnya yang mempunyai tiga titik kecil serata yang berhampiran antara satu sama lain." "Bagaimanapun, saya menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana kulit babi ini boleh menyebabkan sembahyang dan ibadat si pemakai Islam tidak sah selain perlu disamak dengan air lumpur sekiranya tersentuh,†katanya." 1. Fuqaha' ijma' mengenai keharaman DAGING Babi tapi tidak sepakat > mengenai yg selain dagingnya. > > 2. Imam Malik (guru Imam Syafi'iy) mengatakan Babi yg hidup (live > pigs) adalah bersih sebagaimana haiwan lain. Ia diakui oleh Imam > Nawawi, pendiri madzhab Syafi'iy sendiri. Maka pendapat Maliki ini > memberi jalan keluar kepada pegawa vaterinar dan doktor haiwan untuk > memeriksa babi hidup > > 3. Hadis Sahih Muslim no 366 " kulit apapun jika disamak menjadi > suci" adalah umum termasuk kulit babi. Ini adalah pendapat Abu Yusof > dan Daud Zahiri. Dr Hayei cenderong kpd pendapat ini. > > 4. Ubat-ubatan yg mengandungi ektrak khinzir adalah harus digunakan > jika dharurat dan terbukti ada kemujaraban. Ini juga pendapat Lajnah > Fatwa alAzhar (pengerusi Syaikh Atiyah Saqr) "Jika menyentuh kasut yang kering dan tangan juga kering, tidak perlu samak. Sebaliknya wajib samak kaki atau tangan yang tersentuh kulit babi jika anggota atau kasut itu basah. Berhati-hati pada masa akan datang supaya tidak mudah menyentuh barang haram." cara-cara menyamak diri anda: at 10:44 PM
|