About

emah & aisyah here

Tag it!

Links

ajesya
amanda
amin taj
ayu taj
azree
boki
dane
dd
fatin
joleka
leeza
maszalina butik
ninanadia
ogee
paten
pilot junior
poda c aisyah
ririlimin
sam
sazwina
sypikah
vela
wani kenit
wearebored
wiwan
zati

design by

!ndomitable >> Jeeohdee


Wednesday, January 7, 2009

hmm..panya limpas ari asyura ane. kmaren ahh.. hmmmm

aku ambel dri wikipedia melayu pnya versi

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Adam a.s. dicipta.
-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
-Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
-Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
-Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.


Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura:

-Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
-Memuliakan fakir miskin
-Menahan marah
-Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
-Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
-Bersedekah
-Memelihara kehormatan diri
-Mandi Sunat--lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
-Bercelak
-Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
-Sembahyang sunat empat rakaat--lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." [Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.]
-Menjamu orang berbuka puasa
-Puasa Sunat Asyura--Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.


mudahan tah taun dapan sampat menyambut ari asyura g. amin..

at 9:03 PM